Spesis ikan yang jarang ada di semua tempat. sejenis ikan yang berkumpul di dalam tasik dan apabila sampai musim bertelur, baka-baka akan mudik ke hulu sungai untuk bertelur.
keadaan ini terjadi hanya sekali musim setiap tahun. iaitu musim hujan dan banjir.
ikan akan naik ke hulu sungai dan akan ke anak-anak sungai untuk bertelur. lokasi kejadian di gerik perak.
rata-rata di tempat lain tiada ikan loma naik macam ni.
cara menangkap cukup mudah. hanya gunakan penyauk. boleh dapat segundi ikan dalam 15 minit.
time betul-betul tengah banyak.
musim hujan baru banyak, tapi risiko nya kalau dah hujan mestilah sejuk, boleh demam. nyamuk dan hagas. pacat no problem lah..
kalau bukan musim sekor pun tak ada..
nak cuba boleh tanya orang gerik. bila musim ikan ni.
sesuai untuk di buat pekasam, masak asam, masak cili pedas, goreng pun sodap.